Marcapada
ini, kemalangan jalanraya sering berlaku tambahan apabila pada hari raya atau pada
hari cuti umum. Malah menurut kajian yang dibuat oleh badan swasta menunjukkan
bahawa kadar kemalangan meningkat dari masa ke semasa. Isu ini dikukuhkan lagi
dengan keratan- keratan akhbar dan berita yang memaparkan mengenai kes-kes kemalangan
jalanraya yang berlaku . Menurut rekod yang diperoleh oleh Jabatan pengangkutan
jalan kebanyakan kemalangan ini berlaku disebabkan oleh pemandu kereta yang
cuai dan tidak mematuhi peraturan dan etika ketika memandu. Kemalangan jalan
raya telah meragut ribuan nyawa orang yang tersayang yang berada di dalam
kenderaan itu. Keselamatan ketika memandu haruslah dipraktikan sebelum
memulakan perjalanan yang jauh .
Antara
aspek keselamatan yang perlu dititik beratkan ialah keadaan kereta sebelum
membuat perjalanan. Kereta yang digunakan haruslah dihantar ke kedai untuk
diselenggara terlebih dahulu. Kita haruslah memastikan brek dan lampu isyarat
arah berfungsi dengan cekap untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini .
Minyak hitam dan minyak petrol wajib diperiksa. Tayar yang tidak berbunga
sebaiknya diganti dengan yang baru kerana ia amat merbahaya jika dipandu
didalam keadaan hujan.
Aspek
keselamatan yang kedua ialah memandu pada jarak yang selamat. Gunakan peraturan
jarak "3 saat" semasa memandu
untuk menggangar jarak antara kereta anda dengan kenderaan hadapan. Jika anda
memandu dengan jarak yang dekat dengan kereta hadapan risiko untuk berlakunya
kemalangan adalah lebih tinggi . Pemandu haruslah bersabar ketika memandu untuk
tidak memotong kenderaan dihadapan secara mengejut dan menggunakan lampu
isyarat arah dengan betul.
Seterusnya
ialah mematuhi peraturan jalan raya. Pemandu mestilah memandu kenderaan dengan
had laju yang telah ditetapkan. Pandu di lorong yang betul sebagai contoh
menggunakan lorong kanan untuk memotong kereta dan kenderaan berat berada di
lorong sebelah kiri sekali apabila di lebuhraya. Berhenti jika lampu isyarat di
persimpangan berwarna merah . Perlahankan kereta anda jika melalui kawasan
perkampungan, sekolah, hospital dan lintasan pejalan kaki. Pemandu tidak
dibenarkan memotong kenderaan lain jika terdapat garisan berganda “double line”.
Akhir
sekali peringatan keselamatan ketika
memandu, pemandu dan penumpang diwajibkan memakai tali pinggang keledar.
Pastikan cermin hadapan dan cermin sisi berada di posisi dimana senang untuk
pemandu melihat kereta lain untuk membelok atau memotong. Orang yang memandu
kenderaan itu mestilah berkeadaan sihat, tidak mabuk , tidak mengantuk dan
mempunyai emosi yang terkawal. Kerusi pemandu hendaklah di betulkan mengikut
keselesaan pemandu itu sendiri. Jangan meletakkan barang di tempat brek tangan
ataupon gear kerana ia boleh mengganggu.
Konklusinya,
Kita hendaklah memandu secara berhemah bak kata pepatah biar lambat asal
selamat . Mematuhi segala peraturan jalan raya, menitik beratkan perkara
sebelum dan ketika memandu.Pastikan kenderaan sentiasa diselenggara. Kita bukan
sahaja boleh menyelamatkan nyawa sendiri tetapi juga orang yang tersayang .