Sunday, 30 November 2014

Proses Biografi

          Proses penulisan biografi sangat menarik terutamanya apabila kita mempunya tokoh yang kita minati . Terdapat dua jenis biografi iaitu biografi pendek iaitu  hanya menerangkan tentang fakta-fakta dari kehidupan seseorang dan peranan pentingnya dalam kehidupan lalu sementara biografi yang panjang mempunyai informasi-informasi penting dan lebih terperinci tentang apa yang berlaku dan semestinya dituliskan seperti cerita yang menarik. Penulisan biografi disarankan untuk menyebarkan pengetahuan tentang seseorang yang penting dalam sejarawan.


           Biografi memerlukan bahan-bahan utama dan bahan yang menyokong apa yang dicari. Bahan utama seperti benda-benda seperti surat-surat, buku diari atau surat khabar. Sedangkan bahan-bahan pendukung biasanya berupa biografi lain, buku-buku referensi atau sejarah yang memaparkan peranan subjek biografi itu.


            Perancangan sebelum membuat biografi seseorang itu ialah memilih seseorang yang menarik atau tokoh  untuk diceritakan supaya kita lebih ikhlas dalam membuat biografi seseorang itu . Seterusnya hendaklah mencari bahan- bahan fakta mengenai kehidupan orang tersebut seperti  di laman sesawang ,eksiklopedia dan buku-buku yang berkenaan . Perbanyakkanlah cerita cerita yang menarik seperti sumbangannya di dalam biografi tersebut berdasarkan pengalamannya untuk menarik perhatian pembaca dan mengenalinya dengan lebih mendalam.


             
           Biografi adalah suatu kisah atau keterangan tentang kehidupan seseorang yang berdasarkan sumber yang nyata. Sebuah biografi lebih kompleks daripada sekadar tarikh lahir atau tarikh meninggal dan data-data pekerjaan seseorang,tetapi juga menceritakan tentang perasaan, penceritan, sumbangan, impak yang diberi kepada Negara, rakyat dan sebagainya dalam mengalami kejadian yang pernah dilalui  dalam  perwatakan termasuk pengalaman peribadi seseorang itu.

Negara Bangsa

    Negara Bangsa secara umumnya bermaksud satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah negara berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah wilayah yang berdaulat. Konsep negara bangsa dalam konteks Malaysia telah diperdebatkan sejak sekian lamanya,malahan ia telah dibincangkan dan digerakkan secara tidak langsung oleh pemimpin negara dan pejuang kemerdekaan tanah melayu sebelum kemerdekaan lagi. .Konsep pembentukan negara bangsa ini telah membawa Malaysia sehingga ke tahap yang ada hari ini. Konsep negara bangsa merupakan ucapan polisi utama bekas Perdana Menteri kita dahulu bermula dari era Tunku Abdul Rahman, Wawasan 2020 oleh Tun Dr Mahathir dan gagasan 1 Malaysia oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Abdul Razak. Berikut adalah huraian dalam hasrat membentuk negara bangsa dalam konteks  Malaysia.

“...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan, 1991)
         Konsep Negara bangsa merupakan satu wilayah tertentu yang didiami oleh sesuatu bangsa dan mempunyai institusi pemerintah yang berkesan.Negara kita dikenali sebagai Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Konsep Bangsa pula ialah  Bangsa yang ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang menetap di satu wilayah dan mempunyai tamadun yang dapat dilihat dari segi budaya dan juga politik yang tersendiri. Budaya ialah bahasa, adat, resam, kesenian dan agama.
          
         Proses pembinaan Negara bangsa Malaysia sememangnya bukan satu usaha yang mudah ini kerana Malaysia tidak diasaskan dengan identiti bangsa yang merdeka. Malaysia ialah Malaysia, dibentuk atas permuafakatan dan persefahaman masyarakat yang berbilang bangsa dan Bahasa sejak kemerdekaan lagi. Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah memelihara apa yang ada sekarang untuk generasi baru yang akan datang.